Search

Kami akan bersama dengan mangsa-mangsa yang telah ...

  • Share this:

Kami akan bersama dengan mangsa-mangsa yang telah membuat laporan polis untuk mendapatkan keadilan. Jikalau ada pihak yang mahu membuat laporan polis atau mengambil tindakan saman, kami telahpun bersiap sedia 100%.

Segala bukti-bukti telah kami siap sedia andai ada mana-mana pihak yang mahu mengambil tindakan saman. Kami tetap teguh mempertahankan prinsip berani kerana benar. Amar makruf nahi mungkar.

Kepada yang selama ini mempersoalkan kenapa mangsa tidak buat laporan polis, kami telah lama buat laporan cuma tidak menceritakan agar tiada pihak menganggu siasatan.

Kini setelah laporan dibuat, anda yang meminta bukti dikongsikan di medsos tetapi kami enggan berbuat demikian kerana masih dalam siasatan polis dan tidak mahu menganggu tugasan polis. Kami dihina dan diserang. No problem, kami bersabar.

Kini setelah siasatan telah selesai dan atas permintaan mangsa-mangsa, kami kongsikan beberapa bukti-bukti yang telah diserahkan kepada polis sebagai kesedaran untuk masyarakat serta mengalakkan lebih ramai mangsa tampil membuat laporan polis.

Bak kata Tuan Kamal Affandi, "kita bukan nak kurangkan predator seksual tetapi kita nak kurangkan jumlah orang dari menjadi mangsa."

Kami akan terus membantu mangsa-mangsa untuk keluar dari masalah ini dan mendapatkan keadilan. Kami tidak menagih simpati atau pujian. Kami mohon sahabat doakan mangsa-mangsa mendapat keadilan sewajarnya.

Yang pernah menjadi mangsa mana mana ‘sexual predators’, boleh hubungi kami di MRM Women’s Wing wasap.my/60103735596 & In Sha Allah kami akan membantu anda semampu kami dengan PERCUMA untuk mendapatkan keadilan.

Beberapa bukti saya telah kongsikan di Telegram Channel : https://t.me/brofirdauswong atas permintaan mangsa.


Tags:

About author
not provided